Sambutan Aidilfitri bersama orang tersayang pasti tidak akan dilepaskan oleh semua termasuklah para selebriti kita.
Antara pasangan yang dilihat menyambut Aidilfitri bersama ialah pasangan Nelydia Senrose dan Qi Razali.
Keterujaan menyambut Aidilfitri telah menyebabkan Nelydia memuat naik sekeping foto dia dan kekasihnya Qi di laman Instagram miliknya.
Bagaimanapun foto tersebut telah dikecam pengikut di laman Instagram yang rata-ratanya berpendapat pasangan ini tidak ada hak untuk bergambar mesra di pagi Syawal memandangkan mereka masih belum sah sebagai suami isteri.
Ada juga pihak serta peminat yang kurang berkenan dengan entri tersebut dan mendakwa melebihi batas pasangan kekasih.
Gambar yang masih ada di akaun Instagram milik Nelydia itu telah menarik para netizen memberikan hujah serta pandangan masing-masing dan tidak kurang juga yang memberikan kritikan pedas.
Astro Gempak bagaimanapun tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak mana pun, sebaliknya terpulanglah kepada mereka mahu menilai. Tepuk dada tanya selera! -AstroGempak
No comments
Post a Comment