JERUSALEM - Para pejuang Palestin
menembak dua buah roket dari Jalur Gaza yang menghentam kawasan di dekat
tanah pertanian lokasi pengebumian bekas Perdana Menteri Israel Ariel
Sharon . Demikian penjelasan jurucakap tentera , isnin ( 13/1/2014 ) .
" Dua peluru roket mendarat di tanah kosong di kawasan Shaar HaNegev , " kata jurucakap tentera itu .
Shaar HaNegev adalah kawasan yang berada di dekat sempadan utara Jalur Gaza . Namun , tentera Israel tidak menjelaskan secara terperinci masa kedua roket itu menghentam wilayah Israel .
Lokasi pertanian keluarga Ariel Sharon yang dijadikan lokasi pengebumian bekas PM tersebut memang tak jauh dari sempadan dengan Gaza .
Akibatnya , aparat keamanan Israel meningkatkan keselamatan di kawasan tersebut . Bahkan , media tempatan mendakwa tentera Israel menyiagakan sistem pertahanan udara Iron Dome .
Ariel Sharon meninggal dunia pada Sabtu ( 11/1/2014 ) dalam usia 85 tahun setelah lapan tahun terbaring dalam keadaan koma di sebuah hospital di berhampiran bandar Tel Aviv .
Sumber; kompas.com

No comments
Post a Comment