SEBAGAIMANA anda berasa aneh melihat gambar di atas, kami juga turut merasakannya.
Apa tidaknya, biasanya haiwan liar yang akan diletakkan di dalam kandang untuk tontonan manusia, namun sebaliknya pula yang berlaku di Taman Hidupan Liar Orana di Christchurch, New Zealand ini.
Untuk melihat secara dekat singa-singa ini, pengunjung perlu masuk ke dalam kandang yang dibawa oleh sebuah trak.
Sebaik sahaja tiba di kawasan kumpulan singa itu, ia akan mula memanjat dan mengelilingi kandang tersebut.
Pada masa yang sama, para petugas akan ‘menyuapkan’ daging mentah ke mulut singa-singa itu.
Hai, kalau tak kerana diberi makan, kami yakin singa-singa itu meneguk air liur melihat ‘rezeki’ yang begitu hampir dengan mereka.
Konsep terbuka taman ini merupakan satu-satunya yang ada di negara itu dan dikawal dengan cukup ketat sekali bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
No comments
Post a Comment