Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Proton Preve diiktiraf 5 Bintang dalam program Australasian New Car Assessment!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Foto

Subang Jaya: Model sedan Proton Prevé menerima anugerah penarafan lima bintang dalam program Australasian New Car Assessment atau lebih dikenali sebagai ANCAP selepas dinilai menerusi tiga ujian perlanggaran iaitu meliputi bahagian hadapan dan sisi oleh pakar bebas di makmal khas di Australia.
Untuk layak mendapat pengiktirafan ANCAP, kenderaan baru akan dinilai dan markah dikumpul daripada kombinasi kategori ujian serta kriteria yang khusus. Untuk memperoleh pengiktirafan tertinggi, Proton Prevé perlu mencapai standard antarabangsa tertinggi dalam semua kategori ujian.

Pengerusi Eksekutif Proton Holdings Berhad (Proton) Datuk Seri Mohd Khamil Jamil berkata, Proton terus memacu ke hadapan untuk mengubah persepsi orang ramai mengenai jenamanya yang kini terbukti menerusi pencapaian terbarunya.

“Selari dengan perkembangan semasa, model kereta kami bukan saja mampu dimiliki, tetapi kami mahu pelanggan tahu bahawa produk Proton juga berkualiti.
“Pencapaian ini adalah bukti peningkatan kualiti kereta Proton dan Proton Prevé diiktiraf sebagai sebuah kereta yang selamat, sekali gus setanding dengan model antarabangsa lain,” katanya di sini, semalam.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments