ARIZONA – Gambar dua orang wanita yang muncul pada parti sempena
Halloween di sebuah universiti di sini dalam keadaan bogel, telah
tersebar di media sosial.
Kedua-duanya yang berseragam `bogel’ itu berada di dua buah universiti.
Gambar pertama memaparkan bagaimana seorang wanita berambut perang
muncul di parti Holloween di Arizona State University dengan pakaian
`semulajadi’ hingga mengejutkan tetamu yang lain.
Imej tersebut kemudiannya dimuat naik dalam laman twitter
@ASUConfessions, hingga mencetuskan pelbagai kritikan dan kata-kata
sindiran.
Beberapa hari kemudian, satu lagi imej wanita berbogel dimuat naik dalam ASUConfessions.
Kedua-dua wanita itu bagaimanapun tidak dikenali identitinya.
“Begitu daring. Ketika orang ramai sedang pening memikirkan apa yang akan dipakai, wanita ini bertelanjang. Bijak sangat.
“Apakah yang wanita ini fikirkan ketika dia memutuskan untuk berbogel,’’ . Itu antara kecaman yang diterima wanita tersebut.
Mereka berpandangan, perbuatan berbogel itu sebagai tidak wajar
terutama ketika berada di tempat awam dan ia merupakan tindakan tidak
senonoh.
No comments
Post a Comment