PENYANYI dan usahawan, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani mengatakan dia kini sangat menyukai hidangan Laksa Johor kerana walaupun dia anak jati Johor namun dia tidak pernah merasai hidangan itu sebelum ini.
“Walaupun saya orang Johor, tapi saya tak makan Laksa Johor. Saya sendiri tidak pandai nak makan laksa itu kerana ia menggunakan spageti.
“Maklumlah, saya ni kan orang Felda, mana biasa dengan makanan seperti itu. Namun, setelah merasai hidangan yang dibuat ibu mertua, saya jadi gian nak makan,” katanya yang dipetik menerusi Sinar Harian.
Mawi dan isterinya, Ekin Rahmat akan beraya di Johor Bahru terlebih dahulu sebelum bergerak ke Felda Taib Andak selepas itu.
Kehadiran Aidilfitri menjadi lebih bermakna buat pasangan ini selepas mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Cahaya Malaika yang kini sudah berusia dua tahun.
No comments
Post a Comment