Los Angeles – Sepasang suami isteri telah dipenjarakan di Doha, Qatar selepas didapati bersalah menyebabkan kematian anak angkat mereka dengan membiarkan budak berusia lapan tahun itu kebuluran.
Matthew dan Grace Huang ditangkap selepas Gloria, meninggal dunia pada 15 Januari lalu.
Gloria berasal dari Ghana dan dipelihara oleh pasangan itu ketika dia berusia empat tahun.
Pasangan berkenaan berpindah ke Qatar, tahun lepas kerana Matthew Huang bekerja sebagai jurutera untuk dua projek mega infrastruktur.
Anak mereka, yang sudah berdepan masalah kurang zat sejak awal pembesaran dikatakan enggan makan selama beberapa hari.
Dia juga akan menyelongkar tong sampah atau meminta makanan daripada orang asing, iaitu satu tabiat pelik yang cuba diatasi oleh ibu bapa angkatnya itu.
Gloria juga dikatakan cuba keluar dari rumah pada waktu malam dan ujian darah yang dijalankan menunjukkan dia mengalami darah rendah serta menunjukkan tanda-tanda kekurangan vitamin D dan menghadapi masalah tulang sum sum
Mereka juga mempunyai dua anak angkat yang lain yang diambil dari Afrika.
Kanak-kanak itu dilarang daripada meninggalkan negara berkenaan dan kini dijaga oleh nenek mereka yang menetap bersama keluarga tersebut.
Ketika Gloria meninggal dunia, dia menghidap anorexic dan tidak makan selama empat hari.
Dalam pada itu, sekumpulan aktivis kini sedang berusaha membawa kes itu ke Amerika Syarikat dengan alasan pasangan berkenaan tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya dan tangkapan ke atas mereka juga disifatkan sebagai tidak adil -Mynewshub.my
No comments
Post a Comment