Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Lelaki Parah Ditembak Terbaring Sebelah Motosikal
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


BUTTERWORTH : Seorang lelaki berusia 30-an ditemui terbaring tidak sedarkan diri akibat parah selepas ditembak dalam kejadian di Jalan Perusahaan Sungai Lokan, Taman Perusahaan Mak Mandin Butterworth, 9 pagi tadi.
Ketika kejadian orang ramai melalui kawasan itu merasa curiga selepas melihat mangsa terbaring di sebelah motosikalnya sebelum memaklumkan perkara itu kepada polis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim mengesahkan kejadian.
“Mangsa cedera parah selepas ditembak di belakang badan dia dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk menerima rawatan.
“Turut ditemui di lokasi kejadian dua kelongsong peluru jenis Thai Arms,” katanya.
Abdul Rahman tidak menolak kejadian membabitkan kumpulan gangster.


-MYMETRO

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments