Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Warga Singapura Datang JB Untuk Bunuh Diri Depan Orang Ramai!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Seorang lelaki warga Singapura yang dipercayai mengalami tekanan perasaan, datang ke Johor Bahru sebelum membakar dirinya di khalayak ramai.
Ho Peng, 42, mencurah petrol sebelum menyalakan api bagi membunuh diri di sebuah stesen minyak di Johor Bahru, pagi Sabtu lalu.

Drama mencemaskan bermula apabila Ho Peng meminta untuk membeli 4 liter minyak petrol di stesen minyak yang terletak di seberang Plaza Pelangi namun tidak dibenarkan oleh pekerja di situ apabila mendapati dia tidak membawa sebarang kenderaan.

Ho Peng kemudiannya mengambil corong pam lalu mengugut akan membakar dirinya jika tidak diizinkan.



Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, bos stesen minyak terpaksa membenarkan Ho Peng membeli petrol yang diminta.
Sebaik mendapat petrol, Ho Peng berjalan menuju ke jalan utama dan duduk di atas batu sebelum mencurah petrol pada diri seterusnya menyalakan pemetik api.

Dalam keadaan terbakar Ho Peng terjatuh dalam longkang sebelum orang ramai datang menyelamatkan dirinya menggunakan pemadam api sebelum segera dikejarkan ke hospital.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments