Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » MH370 Hilang: 2 Penumpang Guna Pasport Curi
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



KUALA LUMPUR – Insiden melibatkan kehilangan pesawat MH370 mengundang satu lagi misteri apabila dilaporkan terdapat sekurang-kurangnya dua penumpang menggunakan passport palsu untuk menaiki penerbangan tersebut.
Akhbar Itali, The Repubblica melaporkan seorang penumpang Luigi Maraldi, 37, disenaraikan sebagai penumpang penerbangan sebenarnya tidak berada dalam pesawat itu.
Maraldi dikatakan membuat laporan kehilangan pasportnya di Thailand Ogos lepas.
“Mereka (pihak berkuasa Malaysia) mempunyainya (maklumat) tetapi ia masih dalam (semakan),” kata Timbalan Menteri Pengangkutan Aziz Kaprawi kepada pemberita lewat petang ini di sebuah hotel di KLIA.
Menurut Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman Penerbangan, pihak berkuasa telah meneliti semua rakaman CCTV penumpang serta bagasi.
“Setakat ini kita puas hati,” katanya, sambil menambah maklumat lanjut tidak boleh didedahkan atas sebab-sebab keselamatan.
Satu lagi akhbar Itali, Corriere Della Serra melaporkan bahawa ibu bapa Maraldi telah dihubungi oleh MAS tetapi mengatakan anak mereka tidak dalam pesawat yang hilang pada jam 1.30 pagi ini.
Ini diketahui ketika CNN melaporkan bahawa para pegawai Austria mengesahkan bahawa seorang warga Austria yang tersenarai sebagai penumpang, Christian Kozel, tidak menaiki pesawat MH370 dan pasportnya telah dicuri.
“Seorang warga Austria disenaraikan sebagai penumpang pesawat Malaysia Airlines yang hilang itu tidak ada dalam pesawat itu, dan pasportnya telah dicuri dua tahun lalu, pegawai itu memberitahu CNN,” demikian menurut ringkasan berita di lamanweb CNN.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya, bagaimanapun, memberi amaran terhadap spekulasi yang berterusan.
“Bagi kami, ia hanya satu laporan.
“Kami sedang bekerjasama dengan kedutaan asing untuk memastikan kita boleh mengesahkan laporan itu…
“Spekulasi bermula sejak pagi ini dan setiap spekulasi telah didapati tidak benar,” katanya.
Ditanya jika ini boleh menunjukkan kemungkinan berlaku rampasan, beliau berkata MAS dan pihak berkuasa ” tidak menolak semua kemungkinan”.
Akhbar harian London, Mirror pula melaporkan bahawa terdapat penumpang kedua yang berada di dalam penerbangan itu turut menggunakan pasport yang dicuri.
Pihak berkuasa Austria mengesahkan bahawa Christan Kozel “selamat dan berada dalam keadaan baik. ”
Kozel memberitahu akhbar Austria, De Standard bahawa pasportnya telah dicuri ketika berkunjung ke Thailand dua tahun lalu.
Pengawal trafik udara terputus hubungan radar dengan Boeing 777-200 di sempadan ruang udara Malaysia dan Vietnam kira-kira 200 batu nautika di luar pantai Kota Baru ketika ia dalam perjalanan ke Beijing.
Pesawat itu membawa 239 penumpang dan anak kapal, termasuk 152 warga China dan 38 rakyat Malaysia 

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments