Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Lakukan Pembedahan Plastik Untuk Kelihatan Sama
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Sydney – Sepasang kembar yang lahir selang seminit, berkongsi segala-galanya dalam kehidupan mereka. Bukan sahaja pekerjaan, kereta dan akaun Facebook malah teman lelaki juga dikongsi kedua-duanya.
Perkongsian itu juga nampaknya tidak cukup, hinggakan Anna dan Lucy DeCinque, 28, sanggup berbelanja wang untuk melakukan pembedahan komestik bagi memadamkan perbezaan antara mereka.
Mereka menanam implan di bibir, payu dara dan kening palsu dengan anggaran kos pembedahan sebanyak £130,000.
Wanita terbabit yang berasal dari Perth menghabiskan masa setiap hari bersama dan turut berkongsi bilik tidur.
Anna dan Lucy menetap di rumah ibu mereka dan kedua-duanya percaya dengan berkongsi teman lelaki, Ben Byme, hubungan cinta mereka sudah sempurna.
“Kami menjalin hubungan dengan seorang lelaki dan kami berkongsi. Bagi lelaki, memiliki dua teman wanita adalah sesuatu yang mereka impikan,’’ katanya.
Kedua-dua beradik itu memberitahu, mereka tidak dapat dipisahkan sejak kecil lagi hinggakan ibu bapa mereka berasa runsing terutama mendiang bapa mereka, Luigi yang meninggal dunia pada 2010.
“Kami gembira bersama malah ketika remaja kami akan bertukar –tukar teman lelaki,’’ katanya Anna yang memberitahu bahawa mereka tidak pernah berasa jemu antara satu sama lain.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments