Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Balasan Panda, Malaysia Cadang pinjamkan Tapir Kepada China
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



KUALA LUMPUR: Selepas ketibaan pasangan panda gergasi dari Chegdu, China, Fu Wa dan Feng Yi kelmarin, Malaysia dijangka akan meminjamkan haiwan tapir atau nama saintifiknya tapirus indicus kepada negara China.

Di negara ini tapir turut dikenali sebagai tenuk.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G.Palanivel berkata langkah itu dilakukan sebagai balasan dan juga penghargaan kepada negara tersebut yang telah sudi meminjamkan haiwan ikonik negara China itu kepada negara Malaysia.

"Perkara ini telah disampaikan kepada Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang dalam perbincangan bersama kami baru-baru ini dan selain tapir, ada beberapa haiwan lain yang mungkin akan dipinjamkan ke China,"

Namun masih belum ada sebarang perbincangan konkrit yang dijalankan termasuk tarikh penghantarannya.

"China ada sampaikan kepada saya mengenai perkara ini dan kita memang sudah melakukan perbincangan persahabatan untuk menghantar tapir ke China dan ianya akan diputuskan nanti," katanya.

Palanivel ditemui selepas merasmikan Pameran Herba Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) disini pagi tadi.


Astroawani

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments