Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » SMO-Seks Melayu Official Tawar khidmat seks dalam ‘fanpages’ rahsia
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

PUTRAJAYA: Sebuah laman ‘fanpages’ Facebook (FB) dikenali SMO-Seks Melayu Official boleh dianggap pusat pelacuran alam maya apabila menawarkan wanita untuk dijadikan teman tidur digelar ‘cheong’ atau FL (freelancer).
Bukan sekadar gadis bergetah, laman sosial itu turut menawarkan janda serta isteri orang, mahu pun pelajar institut pengajian tinggi.
Carian Harian Metro di enjin FB secara langsung tidak menemui sebarang page SMO, tetapi perlu membuka pentadbir kumpulan SMO yang dikenali sebagai Chester Melvin seterusnya baru boleh mendapat akses kepada laman berkenaan.


Bagaimanapun, bagi mendapatkan maklumat mengenai ‘cheong’ bukan mudah sebaliknya hanya individu tertentu bergelar ejen yang boleh memberi akses kepada pemilik akaun FB yang berminat, sebelum boleh dibimbing ke peringkat seterusnya termasuk proses pendaftaran dan bayaran yuran keahlian.
Sebaik menyelesaikan bayaran menerusi akaun bank diberikan, ahli berdaftar akan dijemput ke satu ‘fanpages’ rahsia bagi menikmati pelbagai maklumat sulit mengenai pelbagai jenis ‘cheong’ yang ingin dilanggani.
Lelaki yang ingin menjadi ahli diberi panduan oleh seorang ejen menerusi mesej peribadi apabila yuran dikenakan sekitar RM720 hingga RM1,200 bagi perkhidmatan setahun.
Sejurus mendaftar dan membuat bayaran, ahli menikmati faedah keahlian selama setahun termasuk mendapat akses kepada maklumat sulit ‘cheong’ termasuk nombor telefon.
Pada masa sama, ahli juga berpeluang berborak mengenai seks menerusi FB dan medium sosial lain secara peribadi dengan gadis berkenaan selain boleh mengatur pertemuan lebih rahsia termasuk penganjuran parti seks.
Harian Metro turut difahamkan, terdapat juga pelanggan yang menjadi ahli ‘fanpages’ ini terdiri daripada orang kenamaan.
Ahli juga dibekalkan dengan maklumat lengkap tanpa batas mengenai gadis yang ditawarkan di ‘fanpages’ berkenaan termasuk gambar; nombor telefon dan lokasi tepat kedudukan gadis yang bersedia untuk dilanggani di seluruh negara.
Jangan terkejut kerana pelbagai varian ‘cheong’ ditawarkan termasuk dari gadis berusia belasan tahun seawal 18 tahun sehinggalah berstatus isteri dan janda berusia sekitar 40-an yang mempunyai pelbagai latar belakang termasuk pelajar kolej; pekerja swasta; suri rumah dan pelayan kelab (GRO).
Harga ditawarkan bagi setiap langganan bermula dari serendah RM200 bagi satu sesi sehinggalah kepada RM1,200 bergantung jenis perkhidmatan yang mahu dinikmati ketika melanggan.
Difahamkan, ada juga ‘cheong’ yang membuat tetapan sendiri kepada ahli terutama dari segi pilihan lokasi untuk tidur bersama sama ada di hotel, pangsapuri peribadi dan rumah kawan selain masa ditetapkan.
Bagaimanapun, apa yang lebih menyedihkan, kebanyakannya ‘cheong’ adalah gadis Melayu berdasarkan gambar dipaparkan dalam senarai langganan malah, ada sebahagiannya lengkap bertudung dan berbaju kurung.
Laman rahsia itu turut memberi ruang kepada ahli untuk berkongsi apa juga topik termasuk hubungan, perkahwinan, cinta, seks, kesihatan, prestasi dan apa saja berkaitan ‘cheong’.
Difahamkan, portal itu mula beroperasi sejak tahun 1998 dengan menggunakan medium sosial seperti internet relay chat (IRC), myspace, tagged, yahoo private group, forum dan kini Facebook.
Admin yang mengendalikan portal arif dalam bidang teknologi maklumat (ICT) selain berkongsi pelbagai maklumat mengenai ‘cheong’ hampir setiap jam tanpa henti sepanjang hari dan tujuh hari seminggu.
Lebih licik, mereka turut berkongsi pengakuan ahli yang pernah melanggan ‘cheong’ berkenaan, yang dipercayai untuk menarik lebih ramai ahli ke fanpages berkenaan.-HM

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments