Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Kes Adi Putra Digugurkan, Tapi Suami Skandalnya Masih Berkeras Nak Lawan !
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Walaupun semalam Adi Putra sudah tampil menjelaskan bahawa kes skandalnya telah diklasifikasikan sebagai no further action (NFA) atau dalam bahasa lain digugurkan, namun nampaknya pihak wanita yang dikaitkan dengan pelakon itu tetap berkeras untuk meneruskan kes ini.

Wanita berkenaan, Nooraida Abdul Mutalib yang ditemani suaminya, Amiruddin Othman dan peguam sewaktu menghadiri sidang media khas di ibu kota petang tadi menyatakan akan tetap menegakkan keadilan untuk membela dirinya.
Bercakap mewakili isterinya, Amiruddin menyatakan beberapa sebab mengapa pihaknya ingin membuka semula kes ini berdasarkan kepada keputusan NFA yang dipercayai tidak telus dan berat sebelah.
Menurut ahli perniagaan tersebut, tahap professional pegawai penyiasat yang terlibat di dalam kes ini dipercayai meragukan sebaik tersebarnya sekeping foto Adi bersama pegawai penyiasat berkenaan. Selain daripada itu, Amiruddin turut mendedahkan isterinya telah diajukan soalan yang tidak relevan berkenaan kesudiannya untuk berkahwin dengan Adi Putra.
Saya tidak pasti individu mana yang mengarahkan mereka untuk bertanya soalan begitu kepada isteri saya sewaktu disoal siasat. Tetapi mereka sepatutnya tahu bahawa Nooraida itu masih isteri saya dan soalan itu langsung tidak relevan.
Atas nasihat peguam yang dilantik, Amiruddin dan isterinya telah membuat laporan polis di Bukit Aman bertujuan untuk  memohon siasatan semula ke atas kes kontroversi ini.
Kami percaya keputusan ini tidak telus dan tidak profesional apabila siasatan yang dijalankan nampak begitu ringkas sekali. Kami hanya mahu siasatan dijalankan semula dan berharap pegawai penyiasat lain dapat mengambil alih kes ini.
Saya dan isteri telah membuat laporan tatatertib di Ibu Pejabat Bukit Aman pagi tadi. Kami juga akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes ini.
Ditanya apakah tujuan utama untuk kembali membangkitkan isu ini, Amiruddin menjawab dia mahu orang luar mengetahui perkara sebenar walaupun menyedari hakikat bahawa isterinya juga bersalah di dalam hal ini.
Sekurang-kurangnya dia mengaku apa yang dia buat, kalau kami senyap orang akan cakap kami yang salah. Kami tak kisah dengan cacian orang luar tetapi biarlah kebenaran tu didedahkan.
Dalam masa yang sama, Nooraida yang ditemubual menyatakan rasa kesal dengan apa yang terjadi dan mengakui kontroversi telah memberi pengajaran yang besar kepada dirinya.




About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments