Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Martin Shkreli Dikecam Selepas Naikkan Harga Ubat Aids Dari USD$13.50 ke USD$750
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Dunia perubatan di Amerika dihebohkan dengan individu bernama Martin Shkreli, 32  yang merupakan pengasas kepada syarikat Turing Pharmaceuticals. Syarikat miliknya baru sahaja membeli sebuah perusahaan yang menghasilkan ubat Daraprim sebanyak USD$55 juta (sekitar RM240 juta).
Daraprim  memang sudah dikenali sejak sekian lama sebagai ubat untuk penderita Toxoplasma, jangkitan akibat parasit, ubat malaria dan kebanyakan ubat ini digunakan sebagai antibiotik untuk penderita pesakit AIDS.
Jumlah penderita pesakit AIDS bukannya sedikit apatahlagi mereka terpaksa bergantung dengan ubat ini bagi meneruskan kelangsungan hidup. Ramai penderita AIDS dan juga masyarakat amat bimbang dengan kenaikan harga ubat ini dan menentang sekeras-kerasnya tindakan Martin yang dianggap hanya ingin mengaut kentungan dengan cara yang cepat.
Sejak dari dulu lagi, ubat Daraprim ini dijual sebiji pada harga USD13.50  (sekitar RM59). Namun, setelah dibeli oleh jutawan muda ini harganya terus naik mendadak.
Masyarakat dan berbagai pihak tidak akan menyuarakan protes mereka jika pemilik  baru ini menaikkan harga dengan sewajarnya. Tetapi, bila dinaikkan kepada harga USD750  (sekitar RM3300) untuk sebiji pil, tentu ianya tidak masuk akal kan? Malah kos produksi untuk setiap biji pil diketahui hanya berharga USD1 (sekitar RM4.30) sahaja.
Menurut Martin, banyak pesakit yang menggunakan ubat ini hanya dalam masa  setahun. Harga baru ubat ini dianggap setara dengan kaedah rawatan lain yang terlalu mahal.  Sebahagian keuntungan juga akan digunakan untuk membuat R&D bagi mempertingkatkan mutu dan kualiti ubat ini.
Tidak hairanlah Netizen sekeras-kerasnya mengutuk perbuatan lelaki ini.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments