Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Suami Isteri Maut Disondol Babi Hutan Ketika Menoreh
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Segamat: Seekor babi hutan telah berjaya ditembak mati oleh pihak polis selepas haiwan liar itu dikatakan telah menyerang sepasang suami isteri hingga mati di sebuah kawasan kebun getah di Kampung Kuala Paya, Segamat, Johor tengah hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari tadi mengorbankan Loo See Siang, 66, dan isteri Liau Mei Lan, 65, yang sedang menoreh.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd Kamil Sukarmi berkata, pihak polis yang menerima laporan terus bergegas ke lokasi kejadian.

Berdasarkan kesan kecederaan memang disahkan mangsa mati disebabkan serangan babi hutan berkenaan.

"Haiwan liar itu berjaya ditembak mati ketika cuba menyerang anggota polis yang tiba untuk melakukan siasatan di tempat kejadian.

"Berdasarkan kesan darah kering pada haiwan itu, kita yakin ia adalah milik kedua-dua mangsa," katanya kes disiasat sebagai mati mengejut.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments