CHINA – Menantikan hukuman. Adakah anda mahu lelaki seperti ini menjadi kekasih anda?
Lelaki ini berlutut sambil menggalas seikat rotan di belakangnya di hadapan asrama perempuan di Politeknik Kolej Industri di Chongqing kerana inginkan kemaafan daripada kekasihnya.
Dia membawa rotan berkenaan kerana mahu teman wanitanya memukulnya. Tidak diketahui apa kesalahannya atau sama ada dia sudah dimaafkan oleh kekasihnya, namun imej berkenaan kini tersebar di media sosial.
Tindakannya itu bagaimanapun diejek dan diperlekehkan oleh sebahagian pengguna media sosial.
Perbuatannya itu diinspirasikan daripada cerita zaman lalu di China yang direkodkan sebelum 283 masihi.
Ia mengisahkan bagaimana seorang jeneral, Lian Po telah meminta maaf daripada pembantunya, Lin Xiangru kerana bersikap angkuh terhadapnya.
Lian Po turut membawa bersama batang kayu di belakangnya dengan matlamat meminta Lin Xiangru memukulnya sebagai tanda hukuman.
Kesediaannya menerima hukuman itu adalah sebagai menunjukkan bahawa Lian Po ikhlas memohon maaf
No comments
Post a Comment