Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Bayi Maut, Bapa Parah Dirempuh Kenderaan Malas Guna Jejantas
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


JOHOR- Seorang bayi maut manakala seorang lelaki dipercayai bapanya cedera parah dalam kemalangan yang berlaku di hadapan Flat Sri Stulang, pagi tadi.
Kejadian pada pukul 11 pagi itu berlaku apabila seorang lelaki yang dikatakan bapa kepada bayi yang berumur dalam lingkungan setahun itu ingin melintas jalan yang sibuk ketika itu, tanpa menggunakan jejantas.
Dua beranak itu kemudiannya dilanggar oleh sebuah kenderaan yang masih belum dikenalpasti jenisnya, menyebabkan bayi itu tercampak dan mati di tempat kejadian.

Kenderaan terbabit dipercayai meninggal tempat kejadian tanpa berhenti untuk memberikan sebarang bantuan.
Impak daripada perlanggaran tersebut, bapa bayi itu turut mengalami cedera parah di bahagian kepala.
Identiti mangsa belum dikenalpasti setakat ini, tetapi disahkan bahawa mereka adalah berketurunan Melayu.
Maklumat mengenai insiden ini diperolehi daripada seorang pengguna Twitter yang enggan namanya disiarkan. -MYNEWSHUB.CC

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments