Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Kisah Benar Wanita bernama Helen Stephens bertukar jadi Incredible Hulk!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Stephens menggelarkan dirinya sebagai Incredible Hulk selepas 
otot-otot tubuhnya boleh membengkak tatkala menghadapi tekanan.

Kisah filem Incredible Hulk mengenai seorang lelaki, Bruce Banner yang boleh bertukar menjadi makhluk perkasa berwarna hijau telah mendapat sambutan menggalakkan di pawagam seluruh dunia pada tahun 2008.

Banner yang merupakan seorang lelaki normal secara tiba-tiba boleh berubah menjadi makhluk bersaiz besar selepas dia terkena sinar gama.

Namun, seorang ibu di Wednesbury, West Midlands, United Kingdom, Helen Stephens hampir mengalami situasi seperti watak Banner itu.

Cuma Stephens bukan seperti Banner yang berubah menjadi makhluk perkasa selepas dia menjadi marah setelah terkena sinar gama. Tubuh Stephens mengalami situasi yang hampir sama dengan Banner selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun 1999.

Penyakit misteri yang dialaminya itu menyebabkan dia kini hanya terlantar di atas katil.

Otot Stephens yang berusia 50 tahun itu akan membengkak apabila dia mengalami tekanan dan mendengar bunyi bising.

Sekumpulan pakar neurologi di Hospital City, Birmingham percaya ibu kepada tiga orang anak itu menghidap penyakit Sindrom Stiff Person pada tahun 2004.

“Saya menggelarkan diri saya seperti Hulk, Arnold Schwarzenegger atau Rambo. Saya seperti seorang ahli bina badan,” kata Stephens.

Wanita itu akan disuntik dengan ubat diazepam untuk mengendurkan otot apabila badannya membengkak.

Bagaimanapun, beberapa ujian terbaharu menunjukkan dia sebenarnya masih belum disahkan menghidap sindrom itu.

Setakat ini doktor masih belum mengetahui penyakit sebenar yang dihidapinya.

Stephens menyalahkan nahas kereta yang dialaminya itu sebagai punca dia menghidap penyakit tersebut.

Kisahnya itu telah disiarkan dalam sebuah dokumentari di Channel 5 di Britain, baru-baru ini.

Semangat bayi pramatang

Tubuh Hart hanya besar sedikit daripada telefon bimbit.

Lain pula kisah dengan seorang bayi, Aaliyah Hart yang hanya diberikan harapan untuk hidup sebanyak satu peratus sepuluh tahun lalu. Dia telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-10 pada 27 Mei lalu.

Malah, Hart kini menjadi ketua bagi pasukan bola sepak kanak-kanak perempuan di sekolahnya.

Semasa dilahirkan di Hospital City, Birmingham, ketinggian Hart hanya 17.78 sentimeter (sm) manakala beratnya pula 340.19 gram.

Dia dilahirkan dalam keadaan pramatang.

Malah, keadaan kesihatannya pada waktu itu terjejas kerana paru-parunya tidak berfungsi dengan normal.

Semasa Hart memulakan persekolahannya lima tahun lalu, ibunya, Lorriane, 47, berasa bimbang tentang keselamatan anaknya kerana tubuh badannya sama seperti budak berusia dua tahun.

Namun, kebimbangan itu tidak bertukar menjadi realiti, malah Hart kini membesar menjadi seorang pelajar sekolah yang sihat seperti rakan-rakannya yang lain.

Hart kini juga mempunyai ketinggian 121.92 sm.

Berat badannya juga telah mencecah kepada 25.40 kilogram.

Menakjubkan, dia turut menonjol dalam sukan bola sepak di Sekolah Rosslyn, Hall Green, Birmingham.

“Dia (Hart) ibarat seorang tomboi yang suka bermain sukan lasak seperti bola sepak.

“Namun, Hart sememangnya menggemari sukan kerana dia turut menyertai sukan bola lisut dan gimnastik,” kata ibunya.

Menurut Hart, dia obses untuk bermain bola sepak dengan rakan-rakannya kerana idolanya adalah seorang pemain bola sepak terkenal England, Wayne Rooney yang juga bintang kelab bola sepak Manchester United.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments