Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Perogol dan pembunuh berasal dari Tambunan ini berdepan hukuman gantung sampai mati!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Rambo Bentong
TEMERLOH – Penjenayah dikenali sebagai ‘Rambo Bentong’ kini berdepan hukuman gantung sampai mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh dan merogol seorang remaja perempuan pada 2009.
Tertuduh, Rabidin Satir, 42, yang berasal dari Tambunan, Sabah, didakwa membunuh Annie Kok Yin Cheng, 17, antara jam 11.30 malam pada 7 Mac 2009 hingga jam 1.50 tengah hari pada 8 Mac 2009 di Kampung Ketari Bentong, Bentong.
Bagi kesalahan itu, tertuduh yang tidak bekerja didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Selain itu, lelaki terbabit turut didakwa merogol mangsa sehingga menyebabkan kematian remaja perempuan berkenaan di tempat dan pada masa sama.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (4) yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori atau penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.
Rabidin yang diwakili peguam Richard Bong Chong Fook memahami tuduhan terbabit selepas kertas pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Dusun di depan Hakim Datuk Azman Abdullah.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mustaffa dan Azman kemudian menetapkan 26 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.
Pada Februari dan Mac lalu, Mahkamah Sesyen Raub menjatuhkan hukuman penjara selama 133 tahun dan 50 sebatan terhadap kesalahan merogol dan melakukan seks luar tabii serta menyerang dan mencederakan anggota polis. – myMetro Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments