Apabila terlibat dengan kemalangan, mangsa yang terbaring di jalanraya seharusnya tidak dibiarkan bergerak atau diangkat sebelum kehadiran ambulan. Maklumlah, dibimbangi ada tulang yang patah atau kecederaan dalaman yang kita tak tahu.
Dalam sebuah video dipercayai dirakamkan di Perlis, seorang budak yang terlantar di jalan setelah terlibat dengan kemalangan bukan sahaja terpaksa dipegang supaya dia dapat mengawal diri, malah dipujuk oleh orang ramai agar tidak takut untuk menaiki ambulan.
Dengan loghat Perlis pekat, budak itu yang kelihatan terlalu takut bukan saja meracau menyuarakan ketakutannya malah sempat mengajak orang kat situ menemaninya naik ambulan.
Akibatnya, insiden yang sepatutnya sedih menjadi situasi lawak! – mynewshub
No comments
Post a Comment