James Harisson, 74, terbaring diatas katil hospital. Di pelipat sikunya tercucuk jarum yang bersambung dengan tiub kecil. Di dalam tiub kecil itu pula mengalir cecair darah pekat memenuhi satu pek plastik lut sinar.
Hari itu, Harisson sedang menderma darah. Situasi begitu sudah biasa baginya ketika berusia 18 tahun lagi. Sehingga sekarang hampir 984 kali Harisson menderma darahnya. Mengapakah James Harisson suka menderma darahnya?
Kerana lelaki tua ini mempunyai darah paling istimewa di dunia. Darah Harisson dikatakan boleh menyelamatkan bayi yang menghidap penyakit Rhesus iaitu salah satu penyebab penyakit hemolitik yakni anemia yang parah kepada bayi yang baru lahir.
Penyakit rhesus mencipta ketidaksamaan antara darah ibu dan bayi sewaktu dalam kandungan. Keadaan ini disebabkan salah satu dari mereka (bayi dan ibu) memiliki Rh-positif (memiliki antigen D) dan yang lainnya Rh-negatif (tidak memiliki antigen D).
Akibatnya, ribuan bayi di Australia meninggal dunia setiap tahun kerana penyakit rhesus. Bagi bayi yang berjaya lahir biasanya mereka akan menderita kerosakan otak kekal kerana keadaan tersebut. Kematian bayi sering berlaku akibat sukarnya mendapatkan darah istimewa seperti dimiliki Harisson.
Darah Harisson memiliki antibodi dalam plasmanya yang mampu menghentikan kematian bayi akibat penyakit rhesus. Darah Harisson akan mengarah pada pengembangan vaksin yang disebut anti-D.
Harisson sendiri tidak tahu dia memiliki darah istimewa, sehinggalah dia menjalani pembedahan dada tahap major pada usia 14 tahun.
Selepas menjalani pembedahan, lelaki itu ditahan selama tiga bulan di wad. Selama itu, hampir setiap hari dia menerima sumbangan hampir 13 liter. Ketika itu, Harisson hidup ihsan darah yang didermakan orang kepadanya. Sejak itulah Harisson berazam apabila mencapai usia 18 tahun dia mahu menjadi penderma darah pula. Setelah menderma darah, pihak hospital mendapati darah Harisson kategori jenis istimewa dan terdapat antibodi penyelamat di dalamnya.
Lalu, Harisson menawarkan diri untuk menjalani ujian saringan. Hasilnya pihak hispital mendapati Harisson memiliki darah Rh-negatif.
Dia kemudiannya diberikan suntikan darah Rh-positif untuk membantu mengembangkan vaksin anti-D yang mampu merawat penyakit rhesus. Sejak itulah Harisson terus menjadi penderma darah. Malah, Harisson turut menginsurankan dirinya bernilai sejuta dolar Australia.
Hasil kebaikan yang dilakukannya itu, Harisson berjaya menyelamatkan lebih dua juta bayi yang menghidap penyakit tersebut ketika masih dalam kandungan lagi.
Malah, paling membanggakannya, kesemua bayi berkenaan lahir dengan selamat dan salah seorang bayi tersebut merupakan cucu Harisson sendiri.
Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Home
»
[Wow] - Kisah Hidup
» [Wow] James Harisson mempunyai darah paling istimewa di dunia! mampu menyelamatkan bayi berpenyakit Rhesus!
Tagged with: [Wow] - Kisah Hidup
About Unknown
PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment