Kisah pelakon putih gebu, Tiz Zaqyah sedang hangat bercinta dengan seorang pemuda yang dikenali sebagai Daniel Haziq bukan lagi rahsia. Selepas bersikap terbuka apabila boleh dikata aktres ini sering berkongsi bersama peminatnya menerusi laman Instagram mengenai hubungan cintanya, dan semalam Tiz nampaknya sudah berani ‘memperkenalkan’ kekasihnya pada pihak media.
Ini kerana sewaktu di majlis sidang media drama bersiri lakonannya, Jodoh Itu Milik Kita, kelihatan lelaki yang boleh tahan tampan itu turut hadir sama menemani Tiz.
Bukan berniat mahu menunjuk-nunjuk, tetapi kata Tiz, kehadiran kekasihnya itu bersamanya malam tadi hanya kebetulan. Malah peluang itu secara tak langsung digunakannya untuk memberi pendedahan mengenai dunia artisnya, kepada pemuda itu.
“Saya ajak dia dan kebetulan dia kata nak ikut, jadi saya bawalah. Secara tak langsung ini juga sikit sebanyak pendedahan bagi dia tentang dunia kerjaya saya sebagai seorang selebriti.
“Tapi sebenarnya dia sangat okay. Dia lelaki paling releks yang pernah saya kenal. Dari segi soal lakonan saya terutama kalau membabitkan babak romantik, dia okay. Ini kali kedua saya bawa di majlis sebegini”, kata Tiz Zaqyah sambil tersenyum.
Hampir setahun menjalin hubungan cinta, sepertimana pasangan lain yang sedang bercinta, Tiz mengakui dia dan Daniel ada berbincang soal masa depan hubungan mereka. Namun masih terlalu awal untuk mereka memikirkan untuk membawa perhubungan mereka ke selangkah lagi ke depan – bertunang ataupun berkahwin.
Tiz Zaqyah bersama teman lelakinya, Daniel Haziq sewaktu di majlis sidang media drama bersiri ‘Jodoh Itu Milik Kita’ bertempat di Lot10, semalam.Tiz Zaqyah bersama teman lelakinya, Daniel Haziq sewaktu di majlis sidang media drama bersiri ‘Jodoh Itu Milik Kita’ bertempat di Lot10, semalam.
“Alhamdulillah keluarga pun merestui hubungan kami. Ya, kami ada berbincang tapi tak ada apa-apa perancangan lagi. Kami ada sasaran tapi tak tahu lagi bila”, ujarnya ringkas.
Dalam pada itu, Tiz berkata tahun ini merupakan tahun yang baik bagi dirinya kerana sesibuk mana pundia dengan aktiviti seni, dia masih dapat mencuri masa untuk menikmati masa lapangnya.
“Allhamdulillah, hidup saya semakin bagus. Tahun ni saya rasa saya lebih enjoy. Dalam pada banyak tawaran yang saya terima dan banyak pengalaman baru saya lalui, saya masih ada masa untuk aktiviti masa lapang saya. Tak lah kelam kabut sangat”, katanya.
Tiz bakal muncul menerusi drama Jodoh Itu Milik Kita yang bakal bersiaran mulai 19 Ogos depan di Mustika HD (saluran 134). Drama yang adaptasi dari novel judul yang sama nukilan Sara Aisha ini menyaksikan gandingan Tiz bersama Farid Kamil.
Perkembangan lain, selepas Aidilfitri nanti Tiz berkemungkinan akan menjalani penggambaran sebuah filem. Namun buat masa ini semuanya masih dalam perbincangan.
Dalam masa sama Tiz memberitahu dia sedang mempertimbangkan lamaran menjayakan sebuah sebuah teater terbitan produksi milik Datin Seri Tiara Jacquelina. Difahamkan teater tersebut akan di pentaskan di Sabah dan Sarawak. – Malaysian Digest
No comments
Post a Comment