Thelma dan Louise, penyu berkepala dua yang menjadi tarikan di Zoo Texas, Amerika menjadi semakin popular hingga mereka mempunyai laman Facebook sendiri.
Setakat hari ini, mereka sudah pun mempunyai lebih 4,000 orang ‘kawan’.
Jika dirujuk pada Facebook mereka, penyu kembar siam ini boleh dikatakan pintar juga memandangkan mereka didakwa ‘lulusan’ University of Turtledome dan lepasan Sekolah Tinggi Slider dalam ruangan pendidikan.
Dalam Facebook berkenaan, pengunjung berpeluang melihat proses Thelma dan Louise membesar sejak dilahirkan 18 Jun lalu. Ketika itu kepala mereka sangat kecil, dengan ukuran badan kurang daripada 4cm. Selain itu, terdapat banyak info berkaitan penyu secara umum.
Jurucakap bagi zoo Texas, Debbie Rios-Vanskike berkata, setakat ini tiada masalah untuk kedua-dua ekor penyu tersebut berkongsi badan yang sama
No comments
Post a Comment