Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » GOSIP 'KAYU TIGA' - REPUTASI AYU RAUDAH & ZAQUAN TERCEMAR
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post




Gara-gara gosip Zaquan Adha bermain kayu tiga dengan seorang wanita yang didakwa sebagai gadis sorak untuk pasukan Johor Darul Takzim (JDT), isteri Zaquan, Ayu Raudhah menganggap ia cubaan pihak tertentu yang mahu merosakkan rumah tangga mereka. 

"Gosip suami saya bermain kayu tiga selepas satu paparan skrin perbualan cinta tersebar telah memburukkan reputasi kami sebagai suami-isteri. 

"Saya juga sedih apabila ada pihak menghina saya menerusi laman Instagram mempersendakan kontroversi yang berlaku. Antara komen tersebut ialah 'kesian, muka cantik pun suami cari lain'. 

"Gosip ini adalah fitnah. Mujurlah saya seorang yang berfikiran waras dan tidak terburu-buru apabila mendapat tahu gosip ini," ujarnya dipetik sebagai berkata. 



Untuk makluman, semalam satu paparan skrin perbualan seorang wanita dengan Zaquan Adha, 26, menerusi mesej aplikasi sosial WeChat telah tersebar sekaligus menimbulkan gosip panas adakah pemain bola sepak pasukan JDT itu bermain kayu tiga? 

Paling teruk apabila satu paparan skrin video perbualan telefon mereka turut disebarkan hingga membuat ramai pihak menggeleng kepala. 

Bagaimanapun, semakan media menerusi akaun WeChat atas nama 'Zaqone' semalam mendapati akaun berkenaan sudah 'ghaib' (tak wujud). 

Menurut Ayu, akaun berkenaan sebenarnya dimiliki oleh orang lain yang menggunakan identiti Zaquan. Tambahnya, semakan telah dibuat dan dia mendapati akaun sosial berkenaan adalah palsu. 

"Selepas membaca gosip dan screenshot kononnya suami berbual cinta dengan seorang wanita di WeChat, saya dapati ia bukan akaun milik suami. 

"Mungkin wanita itu melakukan screenshot ketika membuat panggilan berkenaan. Atas dasar apa? Saya tak pasti dan tidak tahu apakah tujuan wanita itu melakukan demikian," soalnya. 

Selain itu, Ayu turut memberitahu yang Zaquan juga terkejut apabila gosip berkenaan timbul... namun kata Ayu, suaminya tidak cepat melenting. 

"Suami saya pun terkejut bila keluar cerita macam ni. Walaupun dia dalam bidang sukan, tapi mujurlah dia dah biasa dengan cerita gosip dalam dunia hiburan, macam ni", tambahnya. 

Untuk rekod, Ayu dan Zaquan bernikah pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser yang kini berusia setahun dan Muhammad Aisy Aryann yang lahir baru-baru ini. 


About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments