HUJUNG minggu lalu, sebuah akhbar melaporkan satu kejadian di mana seorang penyanyi rock terkenal Malaysia telah memukul isterinya di sebuah bank di Ampang akibat salah faham terjadi di antara mereka berdua yang khabarnya bermula di rumah.
Spekulasi mula timbul mengatakan yang penyanyi rock dimaksudkan dalam laporan itu adalah Awieyang merupakan vokalis kumpulan Wings. Namun, penyanyi itu pantas menganggap semua yang diperkatakan orang ramai tentang isu ini hanya fitnah.
“Saya tak mahu komen tentang perkara ini. Kalau betul saya penyanyi rock yang dikatakan telah pukul isteri, buktikan dahulu. Apabila ada bukti, baru saya akan jelaskan”
“Ini masalah rumah tangga saya dan saya tidak mahu cerita tentang perkara ini dan buat masa sekarang saya anggap perkara ini adalah fitnah,“ jelas Awie kepada mStar Online.
Awie turut mengatakan yang laporan akhbar itu tidak ada menyebut dirinya sebagai individu yang dimaksudkan dan mungkin ditujukan kepada penyanyi lain.
“Apa yang saya mahu katakan di sini, sebagai manusia kita semestinya tidak terlepas melakukan kesilapan,” tambah Awie lagi.-Rotikaya
No comments
Post a Comment