Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Jason Lo Selar pihak tuduh beliau anti islam
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif TuneTalk, Jason Lo menyelar pihak yang menuduhnya anti Islam selepas mencadangkan supaya status agama dikeluarkan daripada Mykad.
Mengakui beliau juga beragama Islam, Lo berkata beliau membuat kenyataan seumpama itu kerana status agama dalam MyKad menyebabkan berlakunya polarisasi di kalangan rakyat Malasia.
Kenyataannya itu merujuk kepada perkahwinan Hindu yang diserbu pihak berkuasa agama Islam baru-baru ini.
“Sudah tiba masanya untuk #removeislamfromIC. Siapa setuju?” tulis Lo di Twitter pada Ahad.
Cadangannya itu menerima pelbagai maklum balas termasuk yang mempersoalkan niat sebenar beliau.
“Saya tertanya-tanya siapa sebenarnya di belakang anda kerana secara berterusan mengeluarkan kenyataan anti Islam? Anda tidak peribadi, anda membenci orang Islam,” kata seorang pengguna Twitter @irwanminhat.
Lo bagaimanapaun menjawab kenyataan itu dengan berkata: “Wahai @irwanminhat, kenyataan anda lebih bersifat perkauman dan naif serta menunjukkan rasa tidak selamat. Adakah anda tahu mengapa? Saya seorang Muslim. Terkejut?”
Ditanya mengapa beliau mencadangkan pengguguran status agama di MyKad, Lo berkata: “Kerana agama sepatutnya menjadi pilihan. Sebuah perkahwinan Hindu diserbu kerana perkara ini.”
Lo malah mempertahankan kenyataannya dan menyatakan kepada pengikutnya di Twitter bahawa beliau tidak memerlukan pihak berkuasa untuk memberitahunya mengenai hubungan beliau dengan tuhan.
Cadangan Lo bagaimanapun turut menerima sokongan apabila ada diantaranya yang bersetuju supaya semua bentuk status agama dan bangsa perlu digugurkan daripada kad pengenalan diri.-Mstar

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments