Rata-rata pengguna mendakwa, keadaan itu boleh mengancam nyawa mereka jika sebahagian landasan konkrit tersebut tiba-tiba terjatuh lalu menghempap kenderaan yang melalui laluan di bawahnya.
Landasan tersebut direka khas bagi kegunaan sistem rel kereta api.
Tinjauan Kosmo! di lokasi itu semalam mendapati, laluan MRT dari TTDI menuju ke Kota Damansara itu membahayakan pengguna jalan raya kerana pada penghujung landasan yang sedang dalam kerja-kerja pembinaan tidak dipasang alat sokongan untuk menampung beratnya.
Seorang pekerja swasta, Adi Fitri Abdul Aillah, 30, berkata, dia melihat tiada alat sokongan dipasang di bawah landasan konkrit tersebut bagi menjamin keselamatan orang ramai.
“Jika dilihat dengan mata kasar, landasan ini kelihatan amat bahaya kerana ia berada betul-betul di atas jalan raya yang dilalui oleh ramai pengguna,” katanya ketika ditemui di sini.
Sementara itu, seorang kerani yang hanya mahu dikenali sebagai Salmiah, 29, berkata, kawasan projek pembinaan MRT tersebut seperti tidak dapat menjamin keselamatan pengguna.
No comments
Post a Comment