Kuala Lumpur: Ruang maya hangat apabila seorang lelaki yang
menggunakan nama samaran, Orkid Anggerik di dalam akaun Twitter miliknya
mengisytiharkan dirinya murtad.
Lelaki berusia lingkungan 20-an itu dengan penuh bangga membuat
beberapa status mengakui secara terang-terangan tidak lagi mengamalkan
ajaran Islam kerana tidak mempercayainya.
Perkara itu membuatkan ramai pengguna Twitter menyelar perlakuannya dan
ada juga yang menyatakan simpati terhadap nasibnya yang jauh tersasar
daripada Islam selain mendoakan dia kembali ke pangkal jalan.
Bagaimanapun, akaun Twitter lelaki berkenaan sudah ditutup dan segala kandungan yang dimuat naik sebelum ini tidak boleh lagi diakses sejak kelmarin.
Bagaimanapun, akaun Twitter lelaki berkenaan sudah ditutup dan segala kandungan yang dimuat naik sebelum ini tidak boleh lagi diakses sejak kelmarin.
Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata,
sebagai seorang Islam setiap individu wajib bertanggungjawab ke atas apa
sahaja yang mereka lakukan termasuk perkataan dan tulisan.
“Ada beberapa perkara yang tidak boleh dibuat sebagai gurauan iaitu dalam masalah nikah, talak dan memerdekakan hamba.
“Ada beberapa perkara yang tidak boleh dibuat sebagai gurauan iaitu dalam masalah nikah, talak dan memerdekakan hamba.
No comments
Post a Comment