SAO PAULO – Anak durhaka akhirnya tertangkap jua. Tidak sampai dua
jam selepas membunuh ibu kandungnya, Carlos Macchione de Sampaio
berjaya ditangkap polis.
Lelaki berusia 39 tahun itu, telah memasukkan mayat ibunya dalam
sebuah beg dan menyeret beg berkenaan menuruni tangga, sebelum
ditinggalkan di tepi jalan.
Ia bagi membolehkan lori memungut sampah mengutip beg berkenaan.
Malangnya, perbuatan Carlos itu berjaya dirakamkan dalam CCTV dan dia
ditangkap selepas seorang lelaki gelandangan menemui mayat ibunya di
tepi jalan.
Ketika polis mengetuk pintu rumahnya, Carlos berpura-pura tidak
mengetahui apa yang berlaku dan menipu dengan menyatakan bahawa dia
sedang tidur.
Menurut polis, Carlos berada dalam keadaan normal dan tidak ada
tanda-tanda bahawa dia berdepan dengan pengaruh alkohol dan dadah.
Mangsa adalah seorang pesara guru, Claudia Macchione, 74, dan disifatkan sebagai seorang wanita yang bersopan santun.
Sementara Carlos pula bekerja sebagai jurubahasa Inggeris yang menetap bersama ibunya sejak beberapa tahun lalu.
Carlos mengalami masalah psikologi dan terkenal dengan sifat panas baran apabila mabuk.
No comments
Post a Comment