SEJAK bercerai dengan pemain dram kumpulan Padi iaitu Yoyo
pada 14 Julai 2009, penyanyi Datuk Rossa masih belum memiliki pengganti
bekas suaminya itu.
Menurut laporan portal Kapanlagi, Rossa atau nama sebenarnya
Sri Rosa Roslaina Handiyani berkata, walaupun dia ada menjalinkan
hubungan dengan beberapa lelaki namun dia masih belum menemui pasangan
yang bersesuaian.
"Saya belum ada calon suami. Doakan saja ya. Hanya 'Yang Di Atas'
saja tahu jodoh yang paling tepat buat kita. Yang penting orangnya baik.
Indonesia atau Malaysia, mana-mana pun sama sahaja," katanya.
Tambah Rossa, dia berharap lelaki yang akan menjadi suaminya kelak mempunyai postur badan yang lebih tinggi daripadanya.
"Yang penting lelaki itu janganlah pendek lagi daripada saya tetapi
perlu seagama dan mesra dengan keluarga masing-masing. Kriteria ini sama
sahaja dengan keinginan wanita-wanita lain" selorohnya.
Bagaimanapun penyanyi yang popular dengan lagu Hey Ladies itu belum meletakkan tempoh masa tertentu untuk berkahwin semula.
No comments
Post a Comment