Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Vince Chong Bawa Isteri Honeymoon Di Bali [Gambar]
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



KUALA LUMPUR : Kalau ikutkan hati Murai Batu nak kongsikan banyak lagi gambar perkahwinan Vince Chong dengan pramugari MAS, Fiona Edward yang telah berlangsung di Janda Baik, Pahang pada 8 Mac lalu.
Namun, Murai Batu tak dapat nak berbuat yang demikian atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun sebagai mengotakan janji Murai Batu pada korang semua, Murai Batu nak cerita sikit tentang perkembangan terbaru Vince Chong.
Walaupun masih terikat dengan jadual kerjaya yang padat, Murai Batu dapat tahu, Vince Chong tetap berusaha untuk mencari waktu yang sesuai untuk membawa isterinya, Fiona menikmati cuti bulan madu mereka di Bali.
Mungkin ada yang bertanya kenapa Bali? Kedengaran macam klise, namun Bali sememangnya menjadi destinasi percutian yang cukup digemari Vince Chong sekeluarga.
Malah, waktu kakaknya, Vanessa Chong mengahwini vokalis Pop Shuvit, Moot, majlis kahwin mereka turut diadakan di pulau yang disifatkan penuh romantis itu.
Murai Batu dapat tahu, Vince dan Fiona akan menikmati cuti bulan madu mereka itu selama 5 hari dan akan kembali ke tanah air pada 17 Mac nanti.
Wah! Seronoknya. Murai Batu harap Vince dan Fiona akan menikmati percutian bulan madu yang cukup menyeronokkan di Bali dan semoga ianya akan menjadi kenangan terindah buat mereka berdua.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments