Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Shandor Larenty Mempunyai Kebolehan Menjinakkan Singa !
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Foto
Ketika kebanyakan remaja lain asyik bermain permainan komputer, Shandor Larenty meminati perkara yang jauh berbeza menjinak singa.
Remaja berusia 18 tahun itu sudah menjalin hubungan baik dengan Zavu, singa seberat 250 kilogram. Dia tidak takut untuk membelai, memeluk dan bermain bersama haiwan itu di kediamannya di Johannesburg, Afrika Selatan. 
Hubungan kedua-duanya kini amat akrab sehinggakan Larenty tidak takut mengurut kaki haiwan berkenaan.

Remaja yang berasal dari Chipping Norton, Oxfordshire itu berkata: “Saya membesar dengan bermesra dengan singa sesuatu yang amat menggembirakan hati saya.

“Ada kawan sebaya berkata saya gila kerana bermain dengan singa dewasa.”
Larenty, pelatih singa generasi ketiga menunjukkan tanda-tanda awal mewarisi tradisi keluarganya apabila dia dapat berinteraksi de­ngan gajah ketika masih berusia 13 bulan.

Pendedahan pertamanya dengan haiwan liar ialah bersama harimau bintang ketika berusia 11 tahun dan sejak itu, dia tidak pernah berpaling ke belakang.

“Kebanyakan singa yang saya latih ketika mula-mula menceburi kegiatan ini baru dilahirkan. Saya membesar dengan mereka,” katanya.

“Zavu singa yang istimewa kerana ia sukakan saya dan kami kawan baik. Ia gemar dipeluk dan sentiasa mahu diberikan perhatian. Yang paling ia gemar ialah apabila saya mengurut kakinya.”
Foto

Dia mewarisi kepakaran menjinakkan hidupan liar daripada bapanya, Alex, 54.

Alex yang berpindah ke Afrika Selatan menurunkan kemahiran menjinakkan singa kepada Larenty supaya dia dapat meneruskan perniagaan keluarga itu membekalkan haiwan liar untuk rancangan televisyen dan filem.

“Bapa saya selalu meng­galakkan saya menggemari bidang ini. Dia guru saya. Semua kepakaran melatih haiwan saya pelajari ialah daripadanya,” kata Larenty.

Walaupun berdepan risiko, dia tidak takut berdepan dengan haiwan yang antara paling berbahaya itu dan hanya menggunakan kayu untuk perlindungan jika sesuatu yang tidak diingini berlaku.

“Singa sangat berkuasa. Singa jantan boleh mencapai berat sehingga 250 kilogram dan mempunyai tekanan rahang satu tan seinci persegi. Giginya sangat panjang dan tajam, boleh memusnah­kan apa saja yang dibahamnya.

“Haiwan boleh meng­khianati dan saya mung­kin boleh mati, tetapi berdasarkan pengalaman bapa ia tidak berlaku seperti itu. Saya kini begitu yakin untuk bermain dengan singa. Rahsia utama jangan tunjukkan anda takut kerana haiwan itu akan mengambil kesempatan jika anda takut,” katanya.
Foto
Alex yang bangga de­ngan kemahiran anak­nya berkata: “Anda tidak tahu sama ada anak anda akan mengikut jejak lang­kah anda, tetapi saya rasa cukup baik jika dia mengikutnya. Kini Larenty melakukan apa yang saya saya telah lakukan sejak puluhan tahun lalu.

“Kadangkala saya bimbang dengan keselamatannya. Kerana saya masih di sini. Anda melatih singa untuk melakukan pelbagai perkara tetapi anda tidak akan dapat melatihnya supaya tidak membaham anda.

“Walaupun masih belajar, dia dapat melakukan perkara ini de­ngan baik berbanding orang lain seusianya,” kata ALex.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments