Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Minuman Ringan 'Chill Can' Hanya Perlu 3 Minit Untuk Sejuk!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Sebuah syarikat pengeluar minuman ringan terkenal Amerika Syarikat, Joseph Company International mengumumkan telah berjaya menghasilkan sejenis produk berteknologi baru. Produk ini diberi nama Chill Can. Ini kerana minuman yang dimasukkan ke dalam tin akan menjadi sejuk dengan sendirinya tanpa perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk. 
Mungkin bunyinya seperti satu perkara mustahil untuk dilakukan. Malah, tidak logik langsung apabila memikirkan soal bagaimana minuman ini boleh sejuk sendiri. Tetapi itulah realitinya. Percaya atau tidak, syarikat pengeluar minuman itu mendakwa perubahan suhu sejuk produk minuman baru tersebut boleh mencecah sehingga -15 darjah selsius. 

Soalnya kini, apakah teknologi yang diguna pakai oleh syarikat tersebut mampu menghasilkan minuman ringan seumpama itu? Adakah penghasilannya sama seperti peti sejuk? 

Idea ini tercetus apabila syarikat tersebut menemui satu formula baru teknologi yang dipanggil penyejukan mikro atau Micro Cooling. Difahamkan, syarikat pengeluar produk minuman itu telah menjalankan penyelidikan lebih 18 tahun sebelum berjaya menghasilkan minuman berkenaan. 

Orang yang bertanggungjawab menemui teknologi baru itu adalah seorang pegawai penyelidik di syarikat terbabit yang bernama Profesor Roland Clift. 

Profesor Roland Clift

Menurutnya, penyelidikan ke atas minuman itu meliputi tiga peringkat utama iaitu mencuba, menguji dan menghasilkan produk yang mesra alam. Menurut beliau, minuman ringan Chill Candilengkapi dengan teknologi khusus sehingga membolehkannya menjadi sejuk sekalipun ia diletakkan di kawasan yang bertakat pada suhu bilik. 

Teknologi yang dimaksudkan adalah penggunaan sejenis kapsul karbon. Kapsul karbon tersebut merupakan sejenis bahan yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan, kapsul karbon tersebut dimasukkan ke dalam tin minuman berkenaan. 

Menurut beliau, terdapat satu butang khas direka pada bahagian bawah tin minuman berkenaan. Apabila butang itu ditekan, secara automatik kapsul karbon yang berisi gas karbon dioksida akan bertindak balas dengan cecair minuman ringan lalu mengubah suhu menjadi sejuk. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pengeluar minuman tersebut, Mitchell Joseph, penciptaan produk minuman baru ini, bukan sahaja memiliki teknologi canggih malah turut menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

Tambah menarik, tempoh masa untuk mendapatkan minuman sejuk dilihat lebih cepat dengan hanya beberapa minit sahaja berbanding cara lama seperti memasukkan minuman ke dalam peti ais atau bekas yang berisi ais. Ini bermakna dengan Chill Can, pengguna boleh membawa minuman ini ke mana-mana sahaja.

Melihat pada teknologi baru ini sudah pasti akan menjadi lebih cepat dan menjimatkan masa. Malah cara menggunakannya juga sangat ringkas.

Ia juga sangat berguna terutamanya bagi aktiviti luar seperti berkelah, memancing atau bersukan. nampaknya selepas ini kemungkinan industri pengeluaran peti sejuk dan ais ketul pasti akan gulung tikar.

Pun begitu, minuman ringan berteknologi baru ini tidak direka untuk menghentikan industri tersebut. Sebaliknya, tujuan sebenar produk itu dipatenkan adalah untuk mengurangkan kesan rumah hijau.

Apa yang menariknya lagi, minuman baru ini sesuai diminum oleh semua orang. Tidak seperti produk minuman ringan lain, Chill Can tidak mengandungi kandungan gula, kafein, pewarna tiruan.

Tambahnya lagi, produk baru keluaran tersebut sudah memasuki pasaran dan dijual dengan harga $3.95 dolar satu tin.

Difahamkan, syarikat pengeluaran minuman terkenal di Amerika Syarikat itu telah membelanjakan sekitar USD$8 juta untuk produk baru tersebut.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments