PENYANYI rap Kanye West dilaporkan sedang dalam proses pembelian rumah milik mendiang Elvis Presley untuk kekasihnya Kim Kardashian.
Daily Star melaporkan Rumah mewah yang terletak di Memphis, Tennessee itu dimiliki oleh anak bintang Rock 'n' Roll itu iaitu Lisa Marie Presley dan ia sedang dalam proses penjualan.
Sumber terdekat Kanye memberitahu, walaupun telah memiliki rumah tersebut nanti dia akan tetap membuka kediaman itu kepada orang ramai untuk datang melawat rumah bintang terkenal berkenaan.
Rumah yang dibina atas tanah berkeluasan 14 hektar itu dilaporkan bernilai lebih hampir RM200 juta.
No comments
Post a Comment