Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Musim Perayaan, Durian Runtuh Buat Bengkel Kenderaan!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Pekerja bengkel di Taman Tun Dr Ismail sedang memeriksa kenderaan. Pic: Faisol Mustafa/ mD
HANYA tinggal beberapa hari sahaja lagi bulan Ramadan bakal meninggalkan kita, meskipun demikian, bahang lebaran sudah mula terasa.
Suasana sambutan Aidilfitri kini sudahpun menjadi topik perbualan semua lapisan masyarakat baik daripada golongan kanak-kanak hinggalah dewasa.
Selain sibuk menyiapkan persiapan hari raya dirumah, kepentingan menyelenggara kenderaan tidak harus dilupakan kerana ianya perlu untuk memastikan keselamatan kita yang mahu pulang ke kampung halaman bagi menyambut hari raya bersama keluarga.
Semakin hampir dengan perayaan, bengkel-bengkel kenderaan bagaikan tidak menang tangan dengan kehadiran pelanggan yang berpusu-pusu untuk mendapatkan perkhidmatan seperti menservis enjin, menukar tayar, membuat ‘alignment’, ‘balancing’ dan sebagainya.
Tinjauan Malaysian Digest di sekitar ibu kota jelas menunjukkan terdapat kesesakan di sesetengah bengkel-bengkel kerana ramai yang berpusu-pusu untuk memastikan kereta mereka berada dalam kedaaan tip-top sebelum memulakan perjalanan ke kampung.
Baik pada cuti hujung minggu mahupun pada hari biasa, permintaan terhadap perkhidmatan servis dan perbaiki kereta cukup memberangsangkan.
Pemilik bengkel di Kota Damansara, yang mahu dikenali sebagai Hoong, 41, kelihatan begitu sibuk melayan pelanggan namun kehadiran mD tidak dipersiakan.
"Beginilah keadaanya setiap kali musim perayaan. Banyak kereta yang akan datang untuk mendapatkan perkhidmatan seperti menukar tayar, menyelenggara enjin, menukar minyak hitam, memeriksa brek, dan sebagainya.
"Selalunya pada hari minggu, bengkel ini mula sesak kerana ketika itulah orang bercuti dan berkesempatan untuk menyelenggara kereta mereka. Pada hari-hari biasa juga ada yang datang,"
Hoong yang juga pemilik bengkel tersebut berkata, permintaan terhadap servis kereta di kedainya agak menurun sedikit berbanding pada tahun lalu.
Namun, katanya ini bukanlah disebabkan kurangnya orang yang mendapatkan servis tetapi lebih kepada semakin banyaknya bengkel yang muncul di kawasan Kota Damansara.
"Sempena perayaaan Aidilfitri ini, ramai yang berebut-rebut memberi tawaran istimewa. Setiap bengkel menjanjikan kepuasan kepada pelanggan masing-masing dengan cara tersendiri.
"Berbanding dengan tahun lalu, tahun ini permintaan agak kurang, namun sedikit sahaja. Ini kemungkinan besar kerana pelanggan mempunyai banyak pilihan bengkel untuk pergi.
Hoong berkata, dahulu beliau mengusahakan bengkel di Sungai Buloh selama hampir 17 tahun. Tujuh tahun lalu beliau mendapat ilham untuk membuka lagi satu cawangan di Kota Damansara.
"Setakat ini saya berpuas hati kerana pelanggan yang pernah menerima perkhidmatan dengan dengan saya sebelum ini masih kekal setia sehingga hari ini.
"Pelanggan mula percaya kepada kami kerana kami cuba memuaskan permintaan mereka sebaik mungkin. Kami mementingkan kualiti untuk pelanggan sebab itulah kami dipercayai.
"Teknologi yang digunakan oleh bengkel kami juga setaraf dengan apa yang ada sekarang dan pelanggan yang datang merangkumi mereka yang memiliki kereta mewah ataupun ketera import.
"Tetapi, kami tetap menerima kereta buatan Malaysia yang datang ke sini.”
Di Jalan Tun Razak, pemilik bengkel Khairul menzahirkan rasa gembira kerana sambutan yang menggalakkan lebih-lebih lagi pada musim perayaan khususnya Aidilfitri.
“Sambutan tahun ini dan tahun lepas boleh dikatakan sama banyak dari segi permintaannya. Setakat ini kami sedang menyelenggara sebanyak 21 kenderaan. Kami masih boleh menerima beberapa buah lagi tetapi untuk kerja-kerja yang kecil seperti ‘minor servicing’ dan pembaikan,
“Untuk kerja-kerja berat dan memakan masa, kami terpaksa memberitahu pelanggan supaya mengambil semula kereta merka selepas hari raya.” katanya.
Di Taman Tun Dr. Ismail pula, hampir kesemua bengkel pengusahanya Lee dipenuhi pelbagai kereta.
Lee ketika ditemui bersetuju untuk ditemubual tetapi disebabkan tidak menang tangan melayan dan menerima pelanggan ramai pada hari tersebut, mD hanya dibenarkan membuat pemerhatian di situ sahaja.
"Seperti yang anda lihat, memang ramai pelanggan sekarang ini kerana semuanya mahu memastikan kereta mereka berkeadaan baik sebelum pulang ke kampung." katanya. MalaysianDigest

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments