Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] VIDEO: Ini Dia Iklan Raya 2013 Paling Dikritik..
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Iklan
Dalam bidang penerbitan dan komunikasi korporat, Pesanan Khidmat Masyarakat atau di panggil ‘Public Service Announcement (PSA) merupakan salah satu medium sesebuah syarikat itu mendekati hati pelanggannya.
Fungsi utama PSA bukan sahaja memberi penerangan atau informasi, tetapi ia berobjektif untuk memupuk kesedaran, mengubah sikap orang awam serta sikap terhadap isu-isu sosial.
Menjelang Aidilfitri, pelbagai iklan syarikat-syarikat korporat dikeluarkan untuk memberi kesedaran pemanduan berhemah serta nilai maaf bermaafan sepanjang Syawal.
Antara iklan yang menarik perhatian menjelang Syawal tahun ini seperti iklan Petronas, TM, Samsung dan pelbagai lagi.
takaful1
takaful2
takaful3
Namun, apabila kami melayari laman video Youtube, sebuah iklan Aidilfitri yang ditrerbitkan oleh Takaful Ikhlas telah menarik perhatian kami.
Sekali pandang, wah… Fahrin Ahmad.
Dua kali pandang, konsep iklan berlainan.
Jika selalu kita melihat iklan raya berkenaan kesedaran kepada mereka yang menyambut Syawal, tetapi Takaful Ikhlas memberi kesedaran kepada orang untuk membeli insurans mereka.
Dalam pada itu, ramai komentator yang mengkritik iklan tersebut.
Yang jelas, video tersebut boleh dikatakan bukan iklan Aidilfitri, sebaliknya lebih kepada iklan mempromosi insurans Takaful Ikhlas.
P/s: Tak pernah pula tengok iklan Petronas, digalakkan orang pulang beraya mengisi minyak di Pteronas. Tak pernah pula Bernas suruh orang beli beras Bernas dalam iklan Aidilfitri. Tetapi Takaful Ikhlas… Eh..
Oleh: Mynewshub

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments