Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Liza Hanim Rindu Untuk Beraksi Di Pentas Nyanyian..
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Liza Hanim bersama suaminya, Shah.
PETALING JAYA: Penyanyi Liza Hanim mengakui rindu untuk kembali beraksi di pentas nyanyian seperti pada zaman kegemilangannya sekitar tahun 2000.
Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim, 34, bagaimanapun berkata, dia tidak boleh kembali aktif dalam masa terdekat ini memandangkan masih lagi menjaga anak bongsunya Mohamed Salahuddin yang berusia setahun.
"Memang saya rindu sangat untuk rakam lagu dan kemudian bernyanyi di pentas seperti ketika di awal kemunculan saya dulu-dulu. tetapi bukan untuk masa terdekat ini kerana anak masih lagi kecil.
"Lebih-lebih lagi saya perlu menguruskan syarikat produksi saya, LH Media Sdn Bhd yang banyak terlibat dengan projek pengiklanan membuatkan masa saya sangat terhad," katanya.
Bagaimanapun tambah Liza yang pernah popular dengan lagu Getaran Cinta Di Jiwa itu, dia tetap akan muncul sekurang-kurangnya sebuah single lagu terbaharu apabila anak bongsunya itu sudah besar.
Dalam pada itu, Liza juga risau untuk membuat kemunculan semula memandangkan dia terlalu lama menyepi selain cita rasa peredaran muzik juga berubah.
"Diakui, jika hendak buat kemunculan semula, ia memerlukan perancangan yang sangat rapi kerana bukan mudah untuk melakukan semua itu selepas lama menyepi.
"Apalagi cita rasa muzik berubah-ubah, jika mahu menyanyi semula, saya perlu mengikut 'trend' terkini, seiring dengan keinginan pendengar sekarang," ujarnya.
Selain Mohamed, Liza yang merupakan isteri kepada bekas ahli kumpulan Indigo iaitu Mohd Shahrin Mohd Samsudin atau lebih dikenali sebagai Shah turut mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Marsya Qistina, 10, and Marsya Qaireen, 4.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments