BESUT - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai mangsa dera di Kampung Seberang Jertih dekat Bandar Jertih malam kelmarin.
Mangsa, Putri Nur Qristina Balqis Abdullah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital selepas dibawa ke Hospital Besut oleh ibunya dengan ambulan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Besut jam 8 malam.
Terdahulu, difahamkan ibu mangsa yang berusia 23 tahun berjalan kaki sejauh 500 meter dari rumahnya sambil mendukung mangsa yang sudah tidak bergerak untuk meminta bantuan di pejabat JPAM.
Ibu mangsa ke JPAM ditemani seorang ibu tunggal yang merupakan keluarga angkatnya, iaitu tempat wanita terbabit dan anaknya itu tinggal.
Menurut sumber lagi, ketika sampai di pejabat JPAM, ibu mangsa tidak bercakap banyak dan mengatakan anaknya terjatuh, sambil meminta bantuan menghantar anaknya ke hospital.
“Mangsa yang sudah tidak sedarkan diri dikejarkan ke Hospital Besut bersama ibunya dan sebaik tiba di hospital, kanak-kanak malang itu disahkan telah meninggal dunia.
“Saya lihat pada badannya memang ada kesan lebam-lebam, manakala ibunya tidak banyak bercakap,” dakwa sumber itu lagi.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria mengesahkan menerima laporan daripada Hospital Besut berikutan kematian kanak-kanak perempuan itu.
Menurutnya, pihak hospital telah membuat laporan polis di Balai Polis Jertih selepas pemeriksaan fizikal ke atas badan kanak-kanak itu mendapati terdapat beberapa kecederaan dan kesan lebam, seperti lebam di dahi dan pipi serta luka di bawah mata sebelah kanan.
“Pemeriksaan doktor juga mendapati ada lebam biru di belakang badan mangsa,” katanya.
Menurutnya, polis belum boleh mengklasifikasikan kes itu sebagai kes dera sebelum menerima laporan bedah siasat daripada pakar forensik petang semalam.
Kata beliau, jenazah Putri Nur Qristina Balqis dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat oleh pakar forensik dari Kuantan, Pahang bagi mengetahui punca kematian.
Menurutnya, ibu mangsa yang tidak bekerja beralamat di Kluang, Johor telah dipanggil untuk diambil keterangan dan sehingga petang semalam, belum ada sebarang tangkapan dibuat.
“Polis akan menunggu keputusan bedah siasat dan akan bertindak berdasarkan laporan tersebut serta memastikan undang-undang ditegakkan,” katanya.
Kamaruddin berkata, mangsa yang merupakan anak tunggal dan ibunya, tinggal bersama keluarga angkat yang juga seorang ibu tunggal lima anak, termasuk seorang anak OKU.
Menurutnya, ibu mangsa dan ibu tunggal tersebut juga tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Ujar beliau, polis sedang menjalankan siasatan lanjut dari pelbagai sudut dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan.
Kamaruddin bagaimanapun menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sebelum hasil bedah siasat diketahui.

Sinarharian
No comments
Post a Comment