Salvador (BRAZIL): Dendam empat tahun Belanda ke atas Sepanyol berbalas apabila skuad Oranje itu mencatatkan kemenangan bergaya 5-1, ke atas juara bertahan itu pada perlawanan pembukaan kedua-dua pasukan di Fonte Nova Arena, awal pagi ini.Belanda yang awal perlawanan hilang penguasaan di tengah bangkit di babak kedua untuk menjaringkan empat gol menerusi Arjen Robben pada minit ke-53, Stefan de Vrij (m-64), Robin van Persie (m-72) dan Robben sekali lagi pada minit ke-80.
Pesta gol Belanda bermula menerusi gol cantik van Persie pula berpunca daripada Daley Blind melakukan hantaran silang lambung kepada penyerang Manchester United itu sehingga membuatkan Iker Casillas tergamam.
Sepanyol yang jelas menguasai babak pertama perlawanan memperoleh jaringan pendahuluan menerusi Xabi Alonso pada minit ke-27 sebelum mereka tersentak dengan gol penyamaan van Persie di minit ke-44.
Permulaan baik buat Sepanyol itu tercetus apabila Diego Costa dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Stefan de Vrij seminit sebelum itu.
Tonggak Belanda, Wesley Sneijder hampir mengejutkan Sepanyol pada minit kelapan apabila melepasi pertahanan Sepanyol tetapi dapat diselamatkan Iker Casillas.
SEPANYOL: Iker Casillas, Cesar Azpilicueta, Gerard Pique, Sergio Ramos, Jordi Alba, Xavi Hernandez, Sergio Busquets, Xabi Alonso, David Silva, Diego Costa, Andres Iniesta
BELANDA: Jasper Cillessen, Bruno Martins Indi, Ron Vlaar, Stefan De Vrij, Daley Blind, Daryl Janmaat; Arjen Robben, Nigel De Jong, Jonathan De Guzman, Wesley Sneijder, Robin Van
PENGADIL: Nicola Rizzoli (ITA)
No comments
Post a Comment