PENYANYI terkenal Katy Perry menyerlahkan sisi nakalnya dalam iklan terbaharu jenama pakaian dan aksesori terkemuka dunia, Moschino.
Katy dipilih sebagai muka baru mewakili jenama itu seperti mana diumumkan oleh penyanyi itu sendiri di laman Instagramnya, baru-baru ini.
Salah satu gambar iklan tersebut menampakkan bahagian sisi kanan badan Katy yang terdedah sambil diselimuti dengan jaket dan beg tangan daripada jenama popular itu.
Selain itu, gaya quirky turut diselitkan menerusi gambar di bawah ini yang mana penyanyi yang popular dengan lagu Fireworks ini menggayakan sweatshirt ungu yang dipadankan dengan beg berwarna oren terang. Memang colour blocking habis!
No comments
Post a Comment