Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Blobfish Diisytihar Ikan Paling Hodoh Di Dunia ~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



BRITAIN – Seekor ikan yang dinamakan sebagai Blobfish telah dipilih sebagai binatang paling hodoh di muka bumi ini.

Blobfish menjadi terkenal kerana dikatakan memiliki wajah muram iaitu seperti seorang yang dirundung kesedihan.

Spesis ikan berkenaan mendapat undian paling tinggi dalam satu pertandingan anjuran Pertubuhan Pemuliharaan Binatang Hodoh, yang diadakan melalui dalam talian.

Pertandingan itu diadakan bagi menggalakkan golongan muda melibatkan diri dalam projek berkenaan bagi memperkenalkan binatang yang dianggap sebagai hodoh.

Blobfish berjaya mengalahkan 11 binatang lain selepas memenangi 10,000 undi.

“Ia kelihatan comel. Namun binatang-binatang yang disifatkan sebagai hodoh ini kini semakin pupus,’’ kata pakar biologi, Simon Watt.

Blobfish, boleh ditemui di perairan Australia serta Tasmania dan ia  boleh memanjang sehingga 12 inci.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments