AMMAN - Pemerintah Jordan, Raja Abdullah II bin Al-Hussein
mengejutkan rakyat jelata kelmarin apabila baginda dilihat membantu
menolak sebuah kereta yang tersangkut di dalam salji di sebatang jalan
raya di sini.
Kereta milik sebuah keluarga itu tersangkut selepas negara padang pasir tersebut dilanda ribut salji kelmarin.
Raja Abdullah II menolak kereta itu bersama beberapa pengguna jalan raya lain yang kebetulan berada di lokasi kejadian.
Ketika kejadian, baginda melawat kawasan tersebut bagi memeriksa
perkembangan terkini kerja-kerja membersihkan salji di jalan raya.
Peristiwa itu yang dirakam oleh seorang pengguna jalan raya telah dimuat naik ke laman web perkongsian video YouTube. - Agensi
No comments
Post a Comment