KUALA TERENGGANU – Sebuah NGO membuat laporan polis berhubung tindakan
pemilik akaun Facebook (FB) yang mengguna nama Shariman Omar menghina
Kelantan dan mengaitkan negeri itu dengan fahaman Syiah.
Timbalan Presiden PBTiger, Mohd Jahiman Hassan berkata, pihaknya berharap polis dapat menjalankan siasatan terperinci ke atas pemilik akaun terbabit dan mengambil tindakan tegas sebagai pengajaran.
Katanya, laporan pertama dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah, disusuli laporan kedua di IPD Kuala Krai dan ketiga di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.
“Kami buat laporan polis kerana komen dibuat pemilik akaun Facebook terbabit sangat tidak wajar, amat keterlaluan dan paling kurang ajar apabila mencaci Kelantan.
“Komen ini amat mengguris hati kami sebagai anak jati Kelantan kerana ia seolah-olah merujuk rakyat Kelantan secara keseluruhan,” katanya kepada Sinar Harian.
Setiausaha PBTiger Kelantan, Mohd Sahidi Hassan membuat laporan polis, di sini, sementara Pengerusi PBTiger cawangan Peria, Hafiz Mohamed di IPD Kuala Krai, manakala di Terengganu, laporan dibuat AJKnya, Muhammad Akram Che Abdullah.
Muhammad Akram dalam pada itu menggesa pemilik akaun berkenaan menarik balik kata-kata penghinaan yang jelas akan memecahbelahkan hubungan antara kaum Melayu yang beragama Islam.
Katanya, penghinaan begini biasa berlaku di laman sosial, tetapi ia tidak boleh dibiarkan kerana boleh menjadi wabak yang akan menghancurkan hubungan sesama masyarakat.

Sinar harian
No comments
Post a Comment