DITUDUH berdiri sebagai seorang pengkarya muzik yang selesa memilih
jalan untuk menjahanamkan penggunaan bahasa Melayu dalam koleksi
lagu-lagunya, Joe Flizzow masih tenang dengan isu yang ditimbulkan.
Dituduh sebagai perosak bahasa, penyanyi rap ini dikaitkan dengan isu
seumpamanya selepas ada sesetengah pihak cuba menimbulkan provokasi
bahawa karyanya seolah-olah tidak menghormati bahasa Melayu yang
sepatutnya diangkat tinggi.
Mungkin isu sengaja dikeluarkan kerana kebetulan, Joe baru sahaja
hadir dengan album baru dengan single Havoc begitu mendapat perhatian
pendengar.
Difahamkan, naskah tersebut merupakan album pertama Joe dalam bahasa Melayu.
Sebelum ini, Joe banyak tampil dengan karya-karya lagu berbahasa
Inggeris yang umpama dah jadi makanan ruji buat penyanyi-penyanyi rap
sepertinya.
Di sebalik pujian, Joe bagaimanapun turut menerima kritikan meski dia
berniat untuk membuat perubahan dalam usaha mengangkat genre rap dan
hip hop tanah air.
Apabila penggunaan bahasa menjadi bahan provokasi ramai, Joe berani mempertahankan alasan-alasannya.
No comments
Post a Comment