Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Violin Berharga £1.2 juta Ditemui Semula Selepas 3 Tahun!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Violin Berharga Ditemui Semula Selepas 3 Tahun
LONDON – Violin berharga lebih  £1.2 juta yang dicuri daripada seorang pemain violin antarabangsa, Min Jin Kym akhirnya ditemui semula selepas tiga tahun ia hilang.
Violin yang berusia lebih 300 tahun itu dicuri oleh kumpulan samseng ketika Jin Kym, 34, yang mahu menaiki keretapi,  berhenti seketika untuk membeli sandwich.
Selepas ia dilaporkan hilang, usaha mengesannya dilancarkan di merata negara mulai November 2010, dan akhirnya tiga lelaki berjaya ditangkap.
Pada bulan Mac lalu, polis mengesan violin jenis 1696 Antonio Stradivarius itu di Bulgaria, namun ia merupakan violin palsu sebelum violin sebenar ditemui di sebuah rumah di Midlands.
“Ia merupakan perjalanan yang sukar dan saya masih tidak percaya bagaimana ia berlaku.
“Saya telah memainkan instrument ini sejak remaja lagi dan ia dalam tiga tahun ini, ia merupakan satu kehilangan yang amat besar kepada saya,’’ kata Jin Kym.
Violin itu berjaya ditemui semula dengan bantuan orang ramai.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments