Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Angelina Aktres Perolehi Bayaran Paling Tinggi dengan $33 Juta dolar setahun!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Angelina Jolie Aktres Perolehi Bayaran Paling Tinggi
LOS ANGELES – Angelina Jolie terus membuktikan bahawa dia adalah ratu layar perak apabila dinobatkan sebagai aktres Hollywood yang menerima bayaran paling tinggi.
Forbes mendedahkan, aktres berusia 38 tahun itu memperoleh pendapatan sebanyak $33 juta dolar bagi tempoh setahun antara Jun 2012 hingga Jun lalu.
Angka berkenaan melebihi $13 juta dolar daripada pendapatan yang diperolehinya sebelum itu, sekali gus melayakkannya menduduki senarai aktres Hollywood yang menerima bayaran paling tinggi.
Pencapaian itu dilihat sebagai membanggakan memandangkan Angelina tidak berlakon dalam sebarang filem selama tiga tahun selepas kali terakhir membintangi filem The Tourist pada 2010.
Dia sebaliknya menumpukan kepada karier sebagai pengarah dan menulis skrip untuk filem In The Land of Blood dan Honey yang diterbitkan pada  2011.
Tahun depan, bintang berkenaan akan kembali ke layar perak dan membintangi filem Maleficent. Dia dijangka menerima bayaran sebanyak $15 juta dolar.
Menduduki tangga kedua di belakang Angelina ialah bintang The Hunger Games, Jennifer Lawrence yang memperolehi pendapatan sebanyak $26 juta dolar.
Pelakon berusia 22 tahun itu hanya dibayar $1 juta dolar untuk melakonkan watak Karniss Everdeen, namun selepas filem berkenaan mendapat sambutan, maka Jennifer berjaya meletakkan harga yang tinggi untuk dirinya ketika melakonkan filem Catching Fire.
Manakala tempat ketiga adalah Kristen Stewart yang mendapat bayaran  $22 juta dolar, diikuti Jennifer Aniston sebanyak  $20 juta dolar, Emma Stone ($16 juta dolar), Charlize Theron ($15 juta dolar),  Sandra Bullock ($14 juta dolar), Natalie Portman ($14 juta dolar), Mila Kunis ($11 juta dolar) dan Julia Roberts dengan pendapatan  $11 juta dolar.
Manakala nama-nama yang terkeluar daripada senarai Forbes ialah Cameron Diaz, Sarah Jessica Parker dan Meryl Streep.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments