PASANGAN suami isteri yang baru sahaja beberapa bulan mendirikan rumah tangga, Jehan Miskin dan isterinya, Julie Camelia Rhee nampaknya masih lagi berada dalam fasa berbulan madu. Ini jelas terbukti menerusi beberapa keping foto romantis yang dikongsikan Jehan buat tatapan peminat setianya.
Jehan selamat melangsungkan pernikahan dengan Julie, warganegara Korea Selatan pada 4 Mei lalu di Carcosa Seri Negara.
Pastinya lebaran kali ini menjadi kenangan terindah buat Jehan apabila pertama kali menyambutnya bersama isteri tercinta selain dapat mengajar permaisuri hatinya itu budaya dan adat resam orang Melayu ketika berhari raya.
No comments
Post a Comment