Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] KRU Music Terbit Album Oh My Raya!!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

KRU
KUALA LUMPUR – Dalam menghadapi perayaan Syawal yang bakal menjelang ini, lagu raya menjadi salah satu faktor yang mampu menyemarakkan lagi suasana lebaran itu sendiri.
Sehubungan dengan itu, KRU Music dan Sheikh Qalam Records telah tampil dengan dua album terbaru iaitu sebuah album raya, Oh My Raya! manakala satu lagi album bercirikan ketuhanan, Hijab Di Ufuk Barat.
Di sebalik kelembapan jualan album di Malaysia, KRU ternyata berani mempertaruhkan album terbaru untuk peminat di luar sana.
Menurut anggota kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim, album yang diterbitkan ini adalah bukan semata-mata untuk meraih keuntungan sebaliknya mahu bersama-sama ‘enjoy’ meraikan kedatangan Syawal pada tahun ini.
“Dalam industri seni, orang-orang seni ni bukan semata-mata nak duit je.  Kita buat ni sebab ‘passion’.
Kalau untung, Alhamdulillah, kalau tidak, kita kena tetap terus mencuba, kalau kita ‘give up’ makin cepatlah industri kita mati,” katanya ketika ditemui Mynewhub semasa majlis pelancaran album tersebut di sini, semalam.
Selain itu, pihak KRU Music juga tidak meletakkan sebarang sasaran jualan bagi album tersebut dan yakin kalau peminat menyukainya, mereka pasti akan membelinya.
“Sebenarnya, kita takde letakkan sasaran.  Ini adalah untuk raya, ‘enjoy’ raya, ‘basically’ kalau awak suka, awak beli.  Kalau tak, kita tak memaksa,” jelasnya lagi.
Sementara Edry pula berkata, “keistimewaan lagu-lagu ini kerana ada dua lagu baru dan gabungkan juga lagu-lagu yang sudah popular, jadi sama ada dinyanyikan semula atau dinyanyikan oleh penyanyi asal.
“Ini kali pertama kami (KRU) rakamkan lagu raya dan ini salah satu buah tangan kepada peminat untuk memiliki album ini sebagai satu koleksi di Aidilfitri ini,” katanya.
Menerusi Oh My Raya! terdapat dua lagu raya baharu ciptaan Norman dan Yusry berjudul Erti Aidilfitri dan sebuah lagu ciptaan Edry nyanyian kumpulan Forteen, 10 Jari Aidilfitri.
Antara lagu lain yang terkandung dalam album tersebut ialah Pulanglah (Aishah), Datuk Siti Nurhaliza (Nazam Lebaran), Salam Dunia (Datuk M. Nasir) dan Raya nyanyian semula oleh Dato Ac Mizal dan Sepahtu.
Sementara itu, Hijab Di Ufuk Barat menampilkan sebanyak 16 buah lagu ketuhanan antaranya nyanyian Opick berjudul Dealova, Demi Asmamu (Rafidah Ibrahim), Doa (Aisyah), Penerang Hati (Sixth Sense dan Saujana), Tahajjud Cinta (Datuk Siti Nurhaliza) dan banyak lagi.
Oh My Raya! boleh didapati di pasaran dengan harga RM19.90 sementara Hijab Di Ufuk Barat berharga RM25.90.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments