SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun hanya mampu menjerit sekuat hati di balkoni rumahnya untuk meminta pertolongan setelah melihat ibunya diserang sampai mati depan mata menggunakan pisau pemotong daging dalam satu kes pembunuhan di sebuah flat di Brixton, Selatan London, malam Isnin lalu.
Jeritan itu berjaya menarik perhatian jiran yang segera datang membantu.
Mangsa yang dikenali dengan nama Keisha, 28, tidak dapat diselamatkan. Turut cedera diserang, ibu saudara kanak-kanak berkenaan yang berusia 17 tahun. Dia kini sedang dirawat di hospital kerana mengalami kecederaan di kepala dan tangan.
Menurut salah seorang jiran, Shenaz Mohiuddon, 40, kanak-kanak itu menjerit sambil menangis di balkoni. Dia juga kelihatan dalam ketakutan yang amat sangat hingga menggeletar.
Sejam setengah sebelum melakukan serangan ini, lelaki yang ditangkap sebagai suspek utama turut melakukan perkara serupa kepada pasangannya yang kini sedang kritikal di hospital.
Dia menikam pasangannya bertubi-tubi di hadapan anak kecil mereka yang baru berusia 3 tahun. -
No comments
Post a Comment